Tentang Kami
Kek Lapis by Wai
Tentang Kami
Dalleck Enterprise merupakan sebuah perniagaan bumiputera yang berdaftar dengan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan mula beroperasi secara rasmi pada tahun 2019. Kami membekalkan kek lapis sebagai produk utama perniagaan. Terdapat juga pelbagai pilihan produk kek seperti banjiroll, kek tapak kuda dan kek butter dengan harga yang berbaloi serta mudah di jual pada setiap lapisan umur dan semua bangsa.
Dalleck Enterprise bermula pada tahun 2019 di rumah. Kami menjalankan perniagaan melalui sistem ejen. Pada bulan Julai 2020 kami berjaya menyewa sebuah premis untuk di jadikan ruang pemprosesan.
Pada bulan Februari 2021, kami berjaya menyewa sebuah lagi premis bersebelahan premis pertama asbab dari permintaan yang semakin banyak dan pertambahan pekerja. Selain itu, Dalleck Enterprise mengembang kepada jualan retail dengan menyertai pelbagai karnival atau festival jualan yang ditaja oleh agensi-agensi kerajaan.
Dalleck Enterprise mempunyai plan perniagaan yang telah di atur secara sistematik supaya misi dan visi untuk mejadi pembekal dan pemborong produk kek lapis dan pelbagai produk kek lain berjaya sehingga ke luar negara.
Dalleck Enterprise mempunyai rakan usahawan di beberapa negeri, dan mereka akan diberi tugas untuk membimbing lebih ramai lagi usahawan kecil dalam menjana pendapatan secara mudah dan pantas. Kami akan membantu mereka sehingga mampu membuka cawangan studio kek lapis di kawasan masing-masing.
Visi
Misi
- Melahirkan 1 juta usahawan bakeri di seluruh Malaysia, dengan memberi bimbingan ilmu pemasaran yang berkesan.
- Menyediakan 1000 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
- Memastikan setiap ahli usahawan berdaftar SSM dapat membuat simpanan yang banyak serta mampu membayar zakat setiap tahun.
- Membuka studio kek lapis di setiap cawangan bandar-bandar besar.
"I recently had the pleasure of experiencing the culinary wonders of Kek Lapis by Wai, and I must say it was nothing short of delightful! From the first bite, I could tell that their commitment to quality is unmatched. The kek lapis was moist, flavorful, and had a perfect balance of sweetness.
Inginkan kelainan pada kek lapis anda?
Jom kita usha usha tengok apa yang menarik!!